Wednesday, January 31, 2007

siapa Arwa binti Kuraiz?

Arwa atau nama sebenarnya Baidha bt Abdul Mutalib sebenarnya adalah emak saudara Rasulullah S.A.W.Beliau juga merupakan emak kepada khalifah yang ke3 iaitu Saidina Uthman bin Affan r.a.Kita sering mengenali khalifah ini sebagai seorang yang sangat pemurah kita tidak mengetahui tentang tempat beliau dididik dan dibesarkan sehingga mempunyai sifat yang mulia ini..Tentunya daripada bondanya ARWA KURAIZ..

Semasa keislaman Uthman Affan, walaupun bondanya mengetahuinya, namun beliau tidak melarangnya malah keinginannya lebih kuat untuk membantu Rasulullah dan agama Islam.Walaupun sebelum keislamannya, beliau penah menyatakan “harta dan jiwa kita tidak lebih berharga daripada Muhammad”.Saidina Uthman Affan sangat berkeinginan ingin melihat ibunya memeluk Islam.Maka Arwa Kuraiz mengishtiharkan bahawa dia telah memeluk Islam dan turut berhijrah ke Madinah bersama-sama puterinya Ummu kalthum bt ‘Uqbah srta muslimin yang lain.

Beliau mendapat kedudukan yang tinggi disisi sahabiah Rasulullah s.a.w.Beliau seorang yang sangat dihormati.Allah telah member kehormatan kepada beliau menjadi ibu kepada khalifah Uthman b Affan yang merupakan sahabat nabi yang dua kali berhijrah dan pernah bersolat menghadap dua arah kiblat.Saidina Uthman juga telah berkahwin dengan dua orang puteri Rasulullah s.a.w.Satu kehormatan kepada Arwa Kuraiz kerana menjadi ibu mertua kepada dua puteri Rasulullah s.a.w ini.

Arwa Kuraiz meninggal dunia semasa anaknya menjadi khalifah dalam usia 90 tahun.Saidina Uthman b Affan telah berdoa “Ya Allah Limpahkanlah rahmatMu keatas ibuku, Ya Allah ampunilah dosa ibuku”.Arwa bt Kuraiz yang mulia ini telah kembali bertemu Allah namun amalannya belum terputus disebabkan doa anaknya, Saidina Uthman Affan.Seorang penyair berkata “Apabila seorang dermawan telah meninggal, maka sesudah kepergiannya pujian untuknya akan datang pada masa akan datang”.

Monday, January 15, 2007

Sajak Alam

Tuhan
Kau patut dirindui
Kau patut dicintai dikenang
Kau patut dipuja dan dibesarkan
Kerana kasih sayangMu dapat dirasai
Kasih sayangMu kepada hambaMu
Lebih daripada kasih ibu kepada anaknya

Tuhan
Betapa tidak
kebesaranMu dapat dilihat melalui gunung
tersergam indah
langit yang luas indah
nikmatMu melimpah ruah

Di waktu sakit
Engkaulah yang menyembuhku
Diwaktu lapar
Engkaulah yang memberi makan
Diwaktu haus
Engkaulah yang memberi minum
Diwaktu sesat
Engkaulah yang memberi petunjuk

Tuhan
Berikan aku ilmu
Untuk memahami manusiaMu
Yang sering kejam
Marah dan hanya berfikir
Dari kehendak dan mimpi sendiri
Beri aku kepekaan
Buat merasa arus cinta
Kesenangan, kesedihan atau kesengsaraannya
Kerana aku perlu memahaminya
Sebelum aku mengundurkan
Keterlibatanku dengannya

Tuhan
Berikan aku keupayaan
Untuk hidup bersama
Paya, lembah, batu,
Pasir, lumpur dan lautan
Kerana kau buatkan aku makhluk bersamanya
Berikan aku ketenangan
Untuk melihat pucuk menjadi daun
Menunggu malam dan bintang-bintangnya
Mengikuti musim-musim hujan dan kemarau
Siput, penyu dan burung berkeliaran
kerana aku harus tahu cara alam
untuk sesuaikan diriku kepadanya.

Thursday, January 11, 2007

salam mahabbah fillah

salam ukhwah bertaut berpanjangan..
dengan allahuakbar kita ditemukan..
dengan lailahaillallah kita dipisahkan..
Dengan islam kita memperjuangkan..